JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai positif dadah jenis methamphetamine yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya kerana hendak melarikan diri daripada pemeriksaan polis, di tepi jalan sebuah taman perumahan di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta Proton Persona itu ditahan pada pukul 4.41 pagi selepas dikejar oleh tujuh kereta peronda polis (MPV) sejauh 15 kilometer selama kira-kira 15 minit.
Beliau berkata lelaki itu pada awalnya dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tebrau di sini oleh sepasukan anggota cawangan kereta peronda sebelum bertindak melarikan diri, dan dia ditahan selepas kenderaannya merempuh pagar keselamatan sebuah taman perumahan.
"Hasil semakan rekod lampau mendapati lelaki itu mempunyai lima rekod jenayah dan empat kes dadah serta positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raub berkata lelaki terbabit direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
Raub berkata lelaki itu ditahan pada pukul 4.41 pagi selepas dikejar oleh tujuh kereta peronda polis (MPV) sejauh 15 kilometer selama kira-kira 15 minit. - Gambar fail/FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Pasangan suami isteri bancuh susu bayi dengan air syabu didakwa pada Rabu
Sepasang suami isteri yang hampir menyebabkan kematian bayi lelaki mereka selepas tersalah membancuh susu dengan cecair syabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling, pada Rabu.
'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.
Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta.
Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.
Polis rampas dadah bernilai RM398,600 di Tanah Merah
Polis merampas 36,200 biji pil yaba dan 183 gram syabu bernilai RM398,600, dalam dua serbuan berasingan sempena Ops Tapis di sini, semalam.
Lelaki positif dadah ditahan selepas memandu secara berbahaya
Polis menahan seorang lelaki dipercayai positif dadah jenis methamphetamine yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya kerana hendak melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
66 ditahan positif dadah dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 66 individu termasuk 17 warga asing atas pelbagai kesalahan dadah dalam operasi khas pusat hiburan di daerah Timur Laut dan SPT bermula semalam hingga awal hari ini.
Individu tidak sihat disaran tangguh perjalanan balik kampung - Pakar Kesihatan
Individu yang tidak sihat terutama pesakit COVID-19 dan ingin pulang beraya ke kampung dinasihatkan untuk menangguhkan dulu perjalanan buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan.
China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.